Monday, August 23, 2010

pertengahan Ramadhan

Macam cepat ramadhan tahun ini,mungkin kesempitan masa menjelang PMR menyebabkan langkah sentiasa laju. Program Ihya Ramadhan tetap diteruskan meskipun agak sederhana berbanding tahun lepas. Pengisian solat zohor berjemaah dan tazkirah ramadhan insyaalah mengiri ruang hati pelajar yang seakan mati dari program keagamaan. Terima kasih Us Mukti yang hadir tepat pada masanya. Menggantikan uStazah Faridah banyak membantu saya,khasnya tazkirah beliau yang cukup mengesan jiwa. Semoga beliau terus menabur bukti demi pembinaan insan mulia di SMK Ladang Kerilla...